Sunday, March 20, 2011

Klinik Badminton dan Sepak Takraw 2011

Klik Untuk Berita Lanjut - Melaka Hari Ini 22 Mac 2011 (Selasa)







Tarikh :14-17 Mac 2011 (Isnin - Khamis)
Masa : 7.30 pagi - 10.00 pagi (Sepak Takraw), 2.30 - 5.00 petang (Badminton)
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw SKRCB dan Dewan Besar SMK Lubok China
Penyelaras : Ab Aziz Arshad, Ketua Biro Sukan dan Rekreasi
Kelab Guru dan Staf SK Ramuan China Besar
Jurulatih : En. Asmaniza Mohamed (Badminton) dan En. Azizul Jamim (Sepak Takraw)

Ulasan :
Klinik ini sebagai suatu usaha pihak kelab untuk membantu para pemain yang akan mewakili sekolah dalam meningkatkan kemahiran dan stamina mereka di gelanggang di samping mengisi masa senggang cuti persekolahan. Istimewanya klinik yang berlangsung selama empat hari i dikendalikan oleh bekas pelajar SK Ramuan China Besar yang juga merupakan bekas pemain badminton dan sepak takraw sekolah suatu ketika dulu

Wednesday, March 16, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H Peringkat Kariah Ramuan China Besar







Tarikh :12 Mac 2011
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Pekan Ramuan China Besar & Masjid Ramuan China Besar
Penyelaras : Ustaz Abd. Razak Aman


Ulasan :
Kira-kira 100 orang pelajar dan guru dari SK Ramuan China Besar telah bersama hadir dalam majlis perarakan dan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kariah Ramuan China Besar.YB Datuk Wira Abu Seman Yusop selaku Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah berbesar hati untuk mengetuai perarakan tersebut sehingga ke lokasi terakhir iaitu di perkarangan Masjid Al Mukhtadhi Ramuan China Besar. Sementara itu, dalam ceramah yang disampaikan oleh Datuk Ustaz Haji Kamaruddin Zakaria mantan Iman Besar Masjid Negara menyeru agar para ahli kariah menghayati sirah kehidupan Rasulullah s.a.w secara menyeluruh dan tanpa mengira masa-masa tertentu. Ada empat perkara yang wajar dijadikan teladan oleh umat Islam untuk berjaya di dunia dan akhirat antaranya menghayati kehidupan beragama, suka menghadiri majlis ilmu, berakhlak dan beramal soleh.

Tuesday, March 8, 2011

Jom Ringan Tulang Bersama MPAG





Tarikh :8 Mac 2011
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Persekitaran SKRCB
Penyelaras : Ustaz Mohd Hafizan Yackob (Penyelaras 3 K)


Ulasan :
Kira-kira 25 orang krew dari Pasukan Unit Pembersihan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAJ) yang diketuai oleh Encik Mohd Faris Mohd Farouk telah hadir bersama membantu pihak sekolah dalam program Jom Ringan Tulang Bersama MPAG. Program gotong royong ini turut disertai oleh PIBG.

Xpdc Gunung Datuk

Tarikh :6 Mac 2011 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Gunung Datuk Rembau
Penyelaras : Encik Aziz Arshad (Ketua Unit Rekreasi dan Sukan Kelab Guru dan Staf)


Ulasan :
Petikan Akhbar Sinar Harian (MelakaN9) Bahagian Alor Gajah m/s 7



Petikan Akhbar Melaka Hari Ini m/s 24 - 16 / 3 / 2011

Klinik Pembolehubah





Tarikh :5 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat :Kelas 6B dan Dewan SKRCB
Anjuran : Panitia Sains SKRCB

Ulasan :
Akiviti ini cuba memberi pendedahan kepada 52 orang calon UPSR 2011 dan 12 orang murid target tahun 5 2011 dalam usaha mengenalpasti pembolehubah dalam soalan bahagian B. Pembolehubah boleh dianggap sebagai "kunci" untuk membina jawapan kebanyakan soalan bahagian B. Klinik ini dikendalikan oleh Cikgu Mohamad Nasir Sulaiman , Guru Cemerlang Sains merangkap JU Sains Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.