Saturday, April 16, 2011

Majlis Perpisahan Guru Praktikum 2011





Tarikh :11 April 2011 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi -8. 30 pagi
Tempat : Dataran Juara, SKRCB
Penyelaras : Guru Bertugas Mingguan

Ulasan :
Kehadiran Cik Mardhiyah bt. Megat dan Pn Wan Nor Khairiah bt. Wan Mat Tahir dari IPG Melaka untuk menjalani latihan praktikum amat dihargai oleh warga SKRCB. Sikap ringan tulang dan sedia menerima bimbingan merupakan dua elemen positif yang ada pada diri mereka. Warga SKRCB mendoakan agar mereka akan menjadi seorang pendidik yang berdedikasi dan sabar melayani karenah anak-anak didik yang semakin hari semakin mencabar. Good Luck.....73

Klinik Pelembut Hati Super Boy






Tarikh :8 April 2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Surau Al Hikmah SKRCB
Penganjur : Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab
Penyelaras : Ustaz Haji Abd. Razak Aman
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Mohd Rejab Akmal Akademik Perubatan Darul Ansar

Ulasan :
Klinik ini bertujuan memberi pendedahan kepada 22 orang murid lelaki dalam usaha membantu mereka mengenalpasti cara yang disarankan oleh Al-Quran dan Hadis untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran khas UPSR 2011. Di samping formula "DUIT" - doa, usaha, ikhtiar dan tawakal , fasilitator turun memberi beberapa doa yang boleh diamalkan.

Tuesday, April 5, 2011

SKRCB Juara Takraw MSSM Kawasan Masjid Tanah 2011







Tarikh :4 dan 5 April 2011 (Isnin - Selasa)
Masa : 7.30 pagi - 6.00 petang (Sepak Takraw
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw IKBN Alor Gajah
Pengelola : SK Masjid Tanah
Pengurus : Ustaz Hafizan Yaakub
Jurulatih : En. Azizul Jamim (Sepak Takraw)

Ulasan :
12 orang pemain sepak takraw SKRCB telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kejohanan ini. Penemuan "adik-beradik" di peringkat suku akhir tidak mematahkan semangat Regu 2 SKRCB untuk menjadi juara dengan mengalahkan SK Sri Laksamana dengan mata 2-0. Terima kasih kepada semua warga SKRCB dan para penyokong yang telah sokongan moral dalam kejohanan ini.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 37




Tarikh :31 April 2011
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Tempat : Dewan SKRCB
Penyelaras : Cik Zanariah Wahed (SU PIBG)
Perasmi : Tuan Hj. Fauzi Yaakub (CEO Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd.)

Ulasan :
Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. bersetuju menjadikan SK Ramuan China Besar sebagai anak angkat dalam program kecemerlangan akademik dan sukan. Pada majlis berkenaan pihak Selia Group telah bermurah hati menyampaikan set peralatan keselamatan berupa 2 unit lampu kecemasan, 60 pasang jaket keselamatan dan 6 unit kon.