Monday, January 28, 2013

Pelancaran Program Bersepadu Sekolah Sihat

Banner Pelancaran Program Bersepadu Sekolah Sihat

Skuad COMBI 2013


Tarikh : 28 Januari 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Juara SKRCB
Penyelaras Program : Pn Siti Norlailasari bt. Mat Saaid (Penyelaras PBSS)
Ulasan : Majlis ini memberi pendedahan kepada warga sekolah fungsi unit-unit di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat iaitu 3K, Kantin, PPDa, COMBI, RMT dan Unit Rawatan. Watikah pelantikan ahli Skuad COMBI turut diadakan.

Saturday, January 26, 2013

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2012 Bersama PEBESAR




Tarikh : 26 Januari 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SKRCB
Penyelaras Program : Pn. Normunyati bt. Hashim (Guru Bimbingan )
Ulasan : Majlis anjuran Persatuan Bekas Pelajar (PEBESAR) sebagai tanda penghargaan kepada murid yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2012 iaitu 5A, 4A dan 3A. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Razak Hasan selaku Setiausaha PEBESAR.

Majlis Muafakat Ibubapa/penjaga Calon UPSR 2013





Tarikh : 26 Januari 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SKRCB
Penyelaras Program : Pn. Normunyati bt. Hashim (Guru Bimbingan )
Ulasan : Majlis memberi pendedahan kepada para ibubapa/penjaga calon UPSR 2013 perihal persediaan, bentuk kerjasama dan kesepakatan yang wajar dilaksanakan dalam merencana porgram kecemerlangan UPSR 2013. Calon-calon UPSR 2013 turut diperkenalkan dengan mentor / guru angkat dalam majlis berkenaan.

Friday, January 25, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah





Tarikh : 25 Januari 2013 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan SKRCB
Penyelaras Program : Ustaz Muhd Hafizan bin Yaacob (KP PIBA )
Ulasan : Majlis diserikan dengan Qasidah dan ceramah daripada Ustaz Mohd Azim Hj. Zainal .

Sunday, January 20, 2013

Pelantikan Sahabat ICT 2013





Tarikh : 21 Januari 2013 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Juara
Penyelaras Program : En. Rohaizam bin Ahmad (SU ICT )
Ulasan : Majlis ini memberi pengiktirafan kepada 22 orang murid yang berkemahiran dalam ICT untuk membimbing rakan-rakan sebaya bagi mengenali dan memahami perkara-perkara berkaitan ICT. Watikah Pelantikan dan Lecana Sahabat ICT telah disampaikan oleh Puan Pouziah Ghani selaku guru besar SK Ramuan China Besar.

Kursus Asas Excel 2010 Sahabat ICT 2013





Tarikh : 19 Januari 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Makmal Komputer Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT)
Penyelaras Program : Pn Siti Noraishah bt. Hashim (AJK Induk Aplikasi ICT)
Ulasan : Program ini dihadiri oleh 11 orang Sahabat ICT dan dilakasanakan dengan bimbingan pensyarah ICT KKMT Puan Masmuliama Borhan dan Puan Nadhirah Albadri. Program ini turut disertai oleh komuniti lain seperti penjawat awam, pelajar sekolah menengah dan suri rumah memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman.

Friday, January 18, 2013

Bantuan Khas. Awal Persekolahan RM100





Tarikh : 17 Januari 2013 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SKRCB
Penyelaras Program : Puan Rohnai Abu Kassim (GPK HEM)
Ulasan : Majlis diserikan dengan kehadiran YB Tuan Hj. Amiruddin bin Yusof ADUN Ayer Limau. Beliau berharap agar wang berkenaan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk keperluan persekolahan anak-anak. Belia juga turut menyalurkan sumbangan RM 1 500 kepada sekolah bagi menjayakan program kecemerlangan UPSR 2013

Pelantikan Pengawas Sekolah,PSS dan SPBT 2013






Tarikh : 14 Januari 2013 (Isnin)
Masa :  7.30 pagi
Tempat : Dataran Juara
Penyelaras Program : Encik Azizul Jamin (Guru Disiplin SKRCB)
Ulasan : Majlis pelantikan dilakukan oleh Encik Yamaan Yussof Pengerusi JKKK Paya Lebar. Adik MUHAMMAD IDRIS B.  MOHD HAIRIE  dan AIN' NUR ADILLAH BT.  ZAIMI telah dipilih sebagai Ketua dan Penolong Ketua Murid bagi sesi 2013.

Gotong Royong Bilik-bilik Khas 2013




Tarikh : 12 Januari 2013 (Sabtu)
Masa :  7.30 - 11.30 pagi 
Tempat : Bilik-bilik Khas di  SK Ramuan China Besar (Makmal Komputer,Makmal Sains, Bilik Guru, Stor Sukan, Pejabat, dan PSS
Penyelaras Program : Encik Yussaini Yusof ( Ketua 3K)
Setiausaha Program : Cik Zawiah Mohd Amin)
Ulasan : Disertai oleh seramai mruid tahap 2, dimulai dengan senamria 1M4U oleh ketua Panitia PJK Encik Rohaizam Ahmad. Para guru dan murid diagih mungkin kumpulan bilik-bilik khas.