Thursday, September 16, 2010

Doa Buat Calon UPSR 2010




Warga SK Ramuan China Besar mendoakan semoga calon-calon UPSR diberi kesihatan, kesabaran, ketenangan dan kecemerlangan dalam UPSR 2010. Ingat Sayang....SOALAN ADALAH KERINGAT AYAH BONDA MANAKALA JAWAPAN KAMU ADALAH TANDA KASIH SAYANG KAMU KEPADA AYAH BONDA.

Melaka Maju 2010


Warga SK Ramuan China Besar berasa bangga diatas pencapaian Melaka ke arah Negeri Maju 2010

Wednesday, August 25, 2010

Kempen Kibar Jalur Gemilang




Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Kali ke 53.... 1 Malaysia Menjana Transformasi

Thursday, August 12, 2010

Pelancaran Semarak 1 Malaysia





Tarikh :2 Ogos 2010 (Isnin)
Masa : 7.45 am
Tempat : Dataran Juara SK Ramuan China Besar
Penyelaras : Puan Normuyanti Hashim (GPS)

Ulasan :
Program Semarak 1 Malaysia merupakan himpunan beberapa program sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2010. Antara aktiviti yang dirancangkan termasuk pertadingan lagu patriotik, deklamasi sajak, drama pendek, melukis dan mewarna.

Tuesday, June 29, 2010

Kem Bestari Solat - Bual Bicara Bersama Pegawai Syarak



Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 am - 2.00 pm
Tempat : SK Ramuan China Besar & Masjid Ramuan China Besar
Penyelaras : Ustaz Haji Razak Aman
Kerjasama : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka & Masjid Ramuan China Besar
Tetamu Jemputan : Tuan Haji Mansol Rahim, Pengerusi JKKK Ramuan China Besar
Ulasan :
Aktiviti ini telah berjaya mencipta sejarah apabila seramai 270 orang murid SK Ramuan China Besar dapat hadir ke Masjid Ramuan China untuk bersoaljawab bersama pegawai syarak yang terdiri daripada imam, bila dan noja.Kehadiran siswa dan siswi dari KUIAM turut membangkitkan semangat untuk anak-anak didik SKRCB mempelajari asas solat secara lebih berkesan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Monday, June 28, 2010

Klinik Golf MGA di A Farmosa Golf Resort



Buat julung kalinya seramai 10 orang murid telah dipilih untuk mempelajari permainan golf. Ternyata golf merupakan sukan yang menitikberatkan FOKUS dan DISIPLIN diri yang tinggi. Tahniah kepada mereka yang terpilih, En. Asmaniza & En. Aziz. Terima kasih juga buat MGA diatas undangan yang diberi.

Selaut Budi, Segunung Ingatan


Selamat Bersara. Warga SKRCB mendoakan semoga Puan Som Karim terus ceria dan berbahagia. Kenangan dan jasa baik puan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Thursday, March 4, 2010

Sukan Tahunan Kali ke 26




Tarikh : 4 Mac 2010 (Selasa)
Masa : 2.30 - 6.30 pm
Tempat : Kawasan Sekolah
Penyelaras : Encik Azmaniza Mohamed (SU Sukan)
Tetamu Jemputan : Tuan Hj. Shamsudin Md. Ali (Bendahari Pesatuan Bekas Pelajar SKRCB)
Ulasan :
Keputusan Rumah Sukan:-
1. Biru
2. Kuning
3. Merah
4. Hijau

Keputusan Acara Perbarisan dan Hiasan Rumah
1. Kuning
2. Merah
3. Hijau
4. Biru

Wednesday, March 3, 2010

Gotong Royong 1




Tarikh : 23 Februari 2010 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.30 pm
Tempat : Kawasan Sekolah
Penyelaras : Ustaz Hafizan Yakcob (Penyelaras 3K)
Tetamu Jemputan : Kakitangan Majlis Perbandaran Alor Gajah
Ulasan :
Aktiviti gotong royong dilaksanakan secara bersama dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah. Pihak MPAJ telah menyediakan jentera pemotong pokok, jentera pengangkut sampah dan 100 anak pokok bunga pelbagai jenis. Kerjasama di antara warga SKRCB dengan komuniti setempatan amat memberangsangkan dalam usaha menceriakan kawasan sekitar sekolah. Terima kasih kepada semua.

Friday, February 19, 2010

Pasukan Tari Tempurung SKRCB



Ulasan :
Pasukan Tari Tempurung mendapat sentuh tari daripada Puan Noor Shamsiah Maaroof merangkap GPK Kokurikulum. Pasukan yang baru berusia setahun ini sedang giat berlatih dan menerima jemputan persembahan dari pelbagai pihak. Terkini pasukan ini menghadiahkan persembahan istimewa buat Puan Ernie Dorahim (Pembantu Tadbir SKRCB) pada majlis perkahwinannya pada 13 Februari 2010.

Pelancaran NILAM dan Program Ulat Buku 2010



Tarikh : 12 Februari 2010 (Jumaat)
Tempat : Dataran Juara
Penyelaras : Puan Normunyati Hashim (GPS)
Tetamu Jemputan : Tuan Haji Hanafiah Othman (Penyelia Pendidikan Islam PPD Alor Gajah)
Ulasan :
NILAM dan Ulat Buku merupakan satu program yang dapat melahirkan pembaca yang berdisplin dan berkualiti. PSS SKRCB akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti dalam usaha meningkatkan bilangan pembaca pada tahap NILAM.

Wednesday, February 10, 2010

Gong Xi Fa Cai Celebration


Warga SK Ramuan China Besar Mengucapkan Selamat Tahun Cina kepada rakyat Malaysia.Semoga ceria.

Saturday, February 6, 2010

Kem Pemimpin Teladan 2010

Kem Pemimpin Teladan dirancang untuk memberi pendedahan ilmu kepimpinan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Tarikh : 5 & 6 Februari 2010
Tempat : Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan
Penyelaras : Encik Azizul Jamin
Kem Komander : Encik Asmaniza Mohamed

Klik untuk lihat berita bergambar dalam ruangan ADAP Utusan Malaysia

Tuesday, February 2, 2010

Program Art Therapy



Tarikh : 18 & 19 Januari 2010 (Isnin&Selasa)
Masa : 2.30-4.30 pm
Tempat : Makmal Komputer SKRCB
Kump. Sasaran : Murid cemerlang dan sederhana (12 orang satu sesi)
Penyelaras : Cikgu Ahmad Nor Khushairi bin Jamali


Ulasan :
Peserta terasa begitu teruja mengikuti program berkenaan. Ternyatakan warna dan lakaran lukisan dapat memberi makna berkaitan dengan nilai diri. Aktiviti dilaksanakan sepenuhnya oleh Cik Wazilawati binti Wahab,Kaunselor Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Alor Gajah