Tuesday, June 29, 2010

Kem Bestari Solat - Bual Bicara Bersama Pegawai Syarak



Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 am - 2.00 pm
Tempat : SK Ramuan China Besar & Masjid Ramuan China Besar
Penyelaras : Ustaz Haji Razak Aman
Kerjasama : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka & Masjid Ramuan China Besar
Tetamu Jemputan : Tuan Haji Mansol Rahim, Pengerusi JKKK Ramuan China Besar
Ulasan :
Aktiviti ini telah berjaya mencipta sejarah apabila seramai 270 orang murid SK Ramuan China Besar dapat hadir ke Masjid Ramuan China untuk bersoaljawab bersama pegawai syarak yang terdiri daripada imam, bila dan noja.Kehadiran siswa dan siswi dari KUIAM turut membangkitkan semangat untuk anak-anak didik SKRCB mempelajari asas solat secara lebih berkesan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Monday, June 28, 2010

Klinik Golf MGA di A Farmosa Golf Resort



Buat julung kalinya seramai 10 orang murid telah dipilih untuk mempelajari permainan golf. Ternyata golf merupakan sukan yang menitikberatkan FOKUS dan DISIPLIN diri yang tinggi. Tahniah kepada mereka yang terpilih, En. Asmaniza & En. Aziz. Terima kasih juga buat MGA diatas undangan yang diberi.

Selaut Budi, Segunung Ingatan


Selamat Bersara. Warga SKRCB mendoakan semoga Puan Som Karim terus ceria dan berbahagia. Kenangan dan jasa baik puan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.