Sunday, January 30, 2011

Majlis Penganugerahan Sekolah 5 Bintang


Tarikh :28 Januari 2011 (Jumaaat)
Masa : 2.45 pm
Tempat : BTP Melaka


Ulasan :

Tahniah kepada semua warga SK Ramuan China Besar diatas Penganugerahan Sekolah 5 Bintang. Semoga anugerah ini akan merancakkan lagi penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Majlis Pelantikan Pengawas 2011/1432H

Tarikh :24 Januari 2011(Isnin)
Masa : 7.45 am
Tempat : Dataran Juara SK Ramuan China Besar
Penyelaras : Encik Azizul Jamin (GPS)

Ulasan :
Majlis pelantikan pengawas sekolah, pustakaan dan pembantu SPBT dirasmikan oleh Puan Mas Ermieyati Shamsudin, Setiausaha Khas Ketua Menteri Melaka. Beliau berharap para pengawas dapat menjadi contoh kepada rakan-rakan dan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Adik Nur Zafirah Aida Ahmad Nor Khushairi telah dipilih sebagai Ketua Pengawas dan Muhammad Syafiq Ahmad sebagai Penolong Ketua Pengawas.

Semangat YB Amiruddin






Seramai 50 orang murid tahun 6 dan 25 orang murid PRA Sekoah SK Ramuan China Besar teruja dengan kehadiran YB . Amirudin Yusof selaku ADUN Ayer Limau pada hari pertama sesi persekolahan 2011.

Menurut Amirudin Yusof, kunjungan beliau ke beberapa buah sekolah di kawasan DUN Ayer Limau mempunyai beberapa objektif. Antara lain aktiviti “turun padang” seperti ini dapat membantu beliau melihat tentang perjalanan sesi persekolahan dengan lebih jelas, bertanya khabar guru-guru dan murid-murid serta membantu dari segi penambahan dana untuk aktiviti-aktiviti peningkatan mutu akademik dan kokurikulum. Beliau juga turut menyeru agar pihak sekolah memberi fokus sehabis baik kepada program kecemerlangan UPSR secara seimbang. Latih tubi yang berterusan , di samping amalan kerohanian dan riadah perlu diiring dalam merencanakan setiap aktiviti yang membabitkan calon UPSR, ujar beliau.