Sunday, July 24, 2011

Pelancaran Bulan Kecergasan 2011






Tarikh :23 Julai 2011(Sabtu)
Masa :7.30 - 10.30 am
Tempat : Padang SKRCB
Penyelaras Program : En. Rohaizam Ahmadd (Setiausaha Kokurikulum)

Ulasan :
Pelancaran Bulan Kecergasan oleh En. Nawawi Ab. Manap disambut dengan penuh ceria dan semangat oleh warga SKRCB. Acara dimulakan dengan Senamrobik dibawah pimpinan Puan Sapura (Jurulatih Aerobik Bertauliah)dan senam ceria guru bersama murid.

Sunday, July 17, 2011

Program Bijak Sifir Alif





Tarikh :15 Julai 2011(Jumaat)
Masa : 8.30 - 10.30 am
Tempat : Dewab SKRCB
Penyelaras Program : En. Asmaniza Mohamed (Ketua Panitia Matematik)

Ulasan :
Warga SKRCB betuah kerana Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan , Jabatan Ketua Menteri Melaka telah bersetuju untuk menaja Progam Bijak Sifir Alif yang merupakan suatu pendekatan alternatif dalam menjadikan subjek matematik sebagai subjek yang ceria. Program ini dikendalikan oleh En. Rahim Ab. Samad (Pengasas Bijak Sifir Alif - Kolej Yayasan Melaka). Program yang berlangsung selama 3 jam ini ternyata mencetus semangat baru kepada murid-murid SKRCB dalam usaha menguasai Matematik.

Majlis Persaraan En Badrol Hisham Mohd Isa





Tarikh :13 Julai 2011(Rabu)
Masa : 9.30 - 10.30 am
Tempat : Dewab SKRCB
Setiausaha Program : Ustazah Siti Hajar Rahim

Ulasan :
Setelah hampir 30 tahun berkhidmat sebagai Pembantu Am Pejabat (PAP) En. Badrol mengambil keputusan untuk bersara secara pilihan bagi memberi tumpuan kepada keluarga. Warga SKRCB mendoakan semoga En. Badrol terus ceria, sihat sejahtera dan terima kasih di atas sumbangan En. Badrol di SKRCB. Kenangan bersama En. Badrol tetap dalam ingatan warga SKRCB

Saturday, July 2, 2011

Ceramah Israk Mikraj 1432 H






Tarikh :1 Julai 2011(Jumaat)
Masa : 7.30 - 10.30 am
Tempat : Dewab SKRCB
Setiausaha Program : Ustazah Siti Hajar Rahim

Ulasan :
Majlis anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (PIBA) ternyata memberi input bermanfaat dalam usaha mengingati dan menghayati peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhamaad s.a.w di kalangan warga SKRCB. Lebih menarik lagi ceramah disampaikan sendiri oleh Ketua Panitia PIBA.

Larian Serentak 1M1S 1 Malaysia





Tarikh :2 Julai 2011(Sabtu)
Masa : 7.30 - 12.30 petang
Tempat : Padang SKRCB / Jalan Kg. SKRCB
Setiausaha Program : En. Rohaizam Ahmad

Ulasan :
Larian Serentak 1M1S 1 Malaysia yang berlangsung serentak 1 Malaysia ternyata berjaya meningkatkan semangat bersukan dan cintakan negara di kalangan warga SKRCB.

Seminar 1 Malaysia





Tarikh :25 Jun 2011(Sabtu)
Masa : 7.00 am hingga 6.30 pm
Tempat : Kem Bina Negara Hutan Percha
Setiausaha Program : Puan Norazima Mohamad (Guru Bimbingan)

Ulasan :
Seminar ini cuba memberi pendedahan kepada para guru, AJK PIBG dan ibu bapa dalam usaha memahami dasar-dasar kerajaan khas Konsep 1 Malaysia dan NKRA. Peserta turut diberi peluang melakukan aktivit "jungle tracking". Ternyata aktiviti ini berjaya memupuk semangat ukhuwah di kalangan warga SKRCB dan AJK PIBG khasnya.

Hari Tanda Kasih & Perjumpaan Ibubapa Murid Target UPSR 2011





Tarikh :24 Jun 2011(Jumaat)
Masa : 10.00 - 11.30 pagi
Tempat : PSS
Setiausaha Program : Puan Norazima Mohamad (Guru Bimbingan)

Ulasan :
Hari Tanda Kasih merupakan hari terbuka untuk memberi peluang dan ruang kepada para ibu bapa / penjaga berbincang dengan para guru dalam usaha meningkatkan kecemerlangan anak-anak didik SKRCB.Manakala Perjumpaan Ibubapa Murid Target UPSR 2011 dilaksana dengan harapan para ibu bapa terlibat dapat bersama-sama melipatgandakan usaha dalam membantu anak-anak membuat persiapan rapi untuk beroleh keputusan cemerlang dalam UPSR.

Temasya Sukan Kali ke 27








Tarikh :16 Jun 2011(Khamis)
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Padang SKRCB
Setiausaha Kokurikulum : En. Rohaizam Ahmad
Perasmi : Dato Redzuawan Abu Kassim (Chef Wan)

Ulasan :
Kehairan Chef Wan menjadikan Sukan Tahunan SKRCB bertambah meriah dan meningkatkan semangat juang para atlet rumah sukan masing-masing untuk bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Rumah biru telah dinobatkan selaku juara, kedua Merah diikut kuning dan Hijau. Tahniah dan terima kasih kepada Chef Wan dan semua yang telah menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SKRCB.

Program Belajar Bersama Abang & Kakak Cemerlang UPSR






Tarikh :30, 31 Mei hingga 1 Jun 2011 (Isnin - Rabu)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Kelas 3 B
Setiausaha Program : Puan Norazima Mohamad (SU Panitia Sains)

Ulasan :
9 orang bekas pelajar cemerlang UPSR pada tahun 2010,2009 dan 2008 telah hadir membantu adik-adik calon UPSR 2011. Pendekatan latihan dalam kumpulan dengan tumpuan kepada latih tubi menjawab soalan bahagian B Sains UPSR telah berjaya meningkatkan kefahaman dan keyakinan para peserta. Terima kasih kepada bekas pelajar yang terlibat. Warga SKRCB mendoakan semoga kalian terus cemerlang di dunia dan akhirat.

Motivasi Ibubapa Murid Tahun 6





Tarikh :4 Mei 2011(Rabu)
Masa : 8.30 am - 12.30 pm
Tempat : Kolej Komuniti Masjid Tanah
Setiausaha Program : Puan Norazima Mohamad (Guru Bimbingan)

Ulasan :
Program ini disasarkan khas untuk ibu bapa calon UPSR 2011. Dikendalikan oleh Encik Mohamad Isa bin Jolan, Ketua Sektor Sektor Psikologi & Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Program ini cuba memberi panduan kepada para ibu bapa ke arah membantu anak-anak untuk cemerlang di dunia dan akhirat.

Super Boy - Mentor Harapanku






Tarikh :23 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12. 30 tengah hari
Tempat : Kelas 6B, SKRCB
Penyelaras : Puan Norazima Nohamad (SU LADAP)

Ulasan :
Bengkel dikendalikan oleh Encik Mohamad Isa bin Jolan, Ketua Sektor Sektor Psikologi & Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Antara input yang diperjelaskan dalam bengkel ini ialah :-

a. pendekatan dan strategi melayani karenah pelajar lelaki khas calon UPSR.
b. dendaan murid - antara kewajaran dan kesabaran.