Friday, February 18, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah





Tarikh :18 Feb. 2011(Jumaat)
Masa : 7.30 pagi - 9.30 pagi
Tempat : Padang dan Dewan SKRCB
Penyelaras : Ustaz Razak Aman


Ulasan :
Aktiviti tahunan ini cuba mengingatkan kembali anak-anak didik di SKRCB agar menghayati sirah Rasulullah . En. Syed Fauzi Abdullah selaku Pegawai Kebajikan DUN Ayer Limau telah sudi hadir untuk memberi sedikit takzirah dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada para pelajar miskin.

Wednesday, February 16, 2011

Kunjungan Mesra Berkelompok PPD Alor Gajah




Tarikh :16 Februari 2011(Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 1.30 petang
Tempat : PSS / Sekitar SKRCB


Ulasan :
Lawatan berkelompok ini memberi peluang dan ruang kepada warga SKRCB untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. Segala cadangan dan penambahbaikan yang diberikan oleh para pegawai dari PPD Alor Gajah amat dihargai.

Tuesday, February 15, 2011

Program Super Boy





Tarikh :14 Februari 2011(Isnin)
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempat : Kelas 6 B
Setiausaha Program : Puan Norazima Mohamad (Guru Bimbingan)

Ulasan :
Program ini disasarkan khas untuk 22 orang murid lelaki calon UPSR 2011. Dikendalikan oleh Encik Mohamad Isa bin Jolan, Ketua Sektor Sektor Psikologi & Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.Antara objektif program ini ialah:

i. Mengetengahkan potensi dilahirkan sebagai seorang lelaki.
ii. Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
iii. Mengenal pasti cara-cara menangkis elemen/nilai negatif yang menggoda diri.
iv. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian cemerlang dan lulus dalam UPSR.

Insyaallah program ini akan dilakukan sebanyak 5 siri dan akan menjadi program bersama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Sunday, February 13, 2011

Kursus Motivasi Calon UPSR 2011 Siri 1







Tarikh :9 Februari 2011(Rabu)
Masa : 7.45 am - 1.30 petang
Tempat : Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka
Penyelaras : Puan Norazima Mohamad (Guru Bimbingan)

Ulasan :
Slot yang berlangsung selama 5 jam ini dikendalikan oleh Puan Azizah Ahmad, Kaunselor Cemerlang SM Teknik Dato Mat Zin, Alor Gajah. Ternyata pendekatan yang diambil oleh Bonda Azizah mampu mengekalkan minat para peserta dari awal hingga akhir program.

Kursus Pemimpin Teladan 2011





Tarikh : 11 & 12 Februari 2011
Tempat : Kolej Tinggi Kemahiran Mara, Alor Gajah
Penyelaras : Encik Azizul Jamin
Kem Komander : Encik Asmaniza Mohamed

Ulasan:
Kem Pemimpin Teladan dirancang untuk memberi pendedahan ilmu kepimpinan kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, ketua kelas dan penolong ketua kelas.Tuan Haji Kasim Mohamad , Pengawai Pelajaran Daerah Alor Gajah, telah sudi melakukan upacara perasmian penutup. Beliau mengharapkan agar pemimpin sekolah yang dipilih melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Pelancaran Program NILAM dan Ulat Buku 2011




Tarikh :8 Februari 2011(Isnin)
Masa : 7.45 am
Tempat : Dataran Juara SK Ramuan China Besar
Penyelaras : Puan Normuyanti Hashim (GPS)

Ulasan :
Pelancaran Program NILAM dan Ulat Buku 2011 dilaksanakan untuk menyemarakan lagi budaya membaca dikalangan warga sekolah. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Amir Bin Basar Penolong Pengarah Ketua Unit Pengurusan Hal Ehwal Pusat Kegiatan Guru
Unit Pentadbiran, Perkhidmatan Dan Pengurusan Kewangan . BTP Melaka. Dalam ucapanya, beliau menyeru agar warga SKRCB

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Salam 1 Malaysia. Warga SK Ramuan China Besar mengucapkan :-



Semoga ceria.....