Sunday, January 30, 2011

Semangat YB Amiruddin






Seramai 50 orang murid tahun 6 dan 25 orang murid PRA Sekoah SK Ramuan China Besar teruja dengan kehadiran YB . Amirudin Yusof selaku ADUN Ayer Limau pada hari pertama sesi persekolahan 2011.

Menurut Amirudin Yusof, kunjungan beliau ke beberapa buah sekolah di kawasan DUN Ayer Limau mempunyai beberapa objektif. Antara lain aktiviti “turun padang” seperti ini dapat membantu beliau melihat tentang perjalanan sesi persekolahan dengan lebih jelas, bertanya khabar guru-guru dan murid-murid serta membantu dari segi penambahan dana untuk aktiviti-aktiviti peningkatan mutu akademik dan kokurikulum. Beliau juga turut menyeru agar pihak sekolah memberi fokus sehabis baik kepada program kecemerlangan UPSR secara seimbang. Latih tubi yang berterusan , di samping amalan kerohanian dan riadah perlu diiring dalam merencanakan setiap aktiviti yang membabitkan calon UPSR, ujar beliau.

No comments: