Wednesday, March 16, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H Peringkat Kariah Ramuan China Besar







Tarikh :12 Mac 2011
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Pekan Ramuan China Besar & Masjid Ramuan China Besar
Penyelaras : Ustaz Abd. Razak Aman


Ulasan :
Kira-kira 100 orang pelajar dan guru dari SK Ramuan China Besar telah bersama hadir dalam majlis perarakan dan ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kariah Ramuan China Besar.YB Datuk Wira Abu Seman Yusop selaku Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah berbesar hati untuk mengetuai perarakan tersebut sehingga ke lokasi terakhir iaitu di perkarangan Masjid Al Mukhtadhi Ramuan China Besar. Sementara itu, dalam ceramah yang disampaikan oleh Datuk Ustaz Haji Kamaruddin Zakaria mantan Iman Besar Masjid Negara menyeru agar para ahli kariah menghayati sirah kehidupan Rasulullah s.a.w secara menyeluruh dan tanpa mengira masa-masa tertentu. Ada empat perkara yang wajar dijadikan teladan oleh umat Islam untuk berjaya di dunia dan akhirat antaranya menghayati kehidupan beragama, suka menghadiri majlis ilmu, berakhlak dan beramal soleh.

No comments: